Mahu bekerja di Singapura?

Kawan ada spm jer, boleh kerja ker? 

Boleh !! Yang penting hati mahu kental, itu jer. Kerja jadi cleaner pun teruk-teruk 1000 sgd, belum convert ke malaysia, dalam lingkungan 2 setengah kali ganda, ikut matawang ekonomi semasa malaysia lah. Itu kita jangan fikir lagilah. Tak ade PMR dan UPSR pun tak ape. Ade macam – macam kerja boleh dipilih.

So, boleh jadi gaji korang tuh, tiga kali ganda dengan gaji yang sedia ada di malaysia ini. Sebab tuh kadang-kadang ada yang kerja di singapura dia dah target untuk beberapa tahun jer, untuk cukupkan modal dan juga cukupkan duit untuk buat business sendiri bila dah kaya. Ia ibarat pekerja asing di yang kerja di malaysia, bangladesh, myanmar, kemboja, vietnam dan lain-lain lagi. Apepun, ada prosedur yang ditetapkan, kalau kita betul-betul mahu kerja disana.

Undang-undang singapura.

Ketat, ini yang kita kena ikut sebab singapore bukan di negara kita. CCTV is everywhere. Banyak pantang larang yang kita kena patuhi. Semua ini kalau korang tak boleh ikut, baik kerja di malaysia jer. Jangan suka-suka nak ludah sana sini. Ini bukan malaysia, rokok pun jangan rokok sembarangan jer. Kena cari tempat yang sesuai, lintas jalan tuh, ikut tempatnya jangan main lintas jer.

TAK PANDAI ENGLISH, BOLEH KERJA ?

Boleh!! Sebabnye ramai pekerja yang kerja di sana pun bermula dari zero English. Boleh pakat – pakat belajar sedikit bahasa english basic dari diaorang. Lama -lama , berabuk lah korang punya english tuh. Macam orang asing kerja di malaysia, lama-lama sudah pandai cakap orang malaysia. hua hua..