Mencari Kerja di Singapura


Sekarang ini terdapat banyak jawatan kosong dan bergaji lumayan di singapura. Sekiranya anda berminat untuk mencari kerja yang menawarkan gaji yang besar boleh la mencuba untuk bekerja di Singapura. Ramai majikan di Singapura yang terpaksa menggunakan buruh asing bagi menjalankan perniagaan mereka. Malah Kerjaan Singapura juga ada menggunakan buruh asing untuk bekerja. Ini kerana factor kekurangan pekerja di Negara Singapura sedangkan keadaan ekonomi mereka sangat baik.


.

Kenapa Singapura kekurangan pekerja? Antara jawapan yang boleh diberikan ialah yang pertamanya ramai rakyat Singapura yang berhijrah ke Negara lain terutamanya ke Malaysia. Yang kedua ialah undang-undang yang pernah dikenakan oleh kerajaan Negara Singapura sendiri terhadap rakyatnya satu ketika dahulu iaitu tidak menggalakkan rakyat mereka yang telah berkahwin supaya tidak mempunyai lebih dari dua anak. Sekiranya terlebih maka mereka akan dikenakan denda bayaran. Selain itu rata-rata rakyat mereka sekarang ni lebih selesa hidup membujang daripada berkahwin. Alasannya ialah perkahwinan adalah merupakan bebanan dan banyak mendatangkan masalah memandangkan kos sara hidup di Negara itu yang semakin meninggi.

Kelebihan bekerja di Singapura ialah yang pertamanya gaji. Kebanyakan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura menikmati gaji sebanyak RM2000 ke atas. Ini kerana mata wang singapura ada dua kali ganda lebih tinggi daripada mata wang Malaysia iaitu sebanyak RM4.20 bagi setiap satu dollar. Anggaran ini adalah bergantung pada kadar turun naik mata wang kita sama ada banyak atau sedikit. Purata paling kurang gaji rakyat malaysia yang bekerja disingapura adalah sebanyak SGD650 bagi tukang sapu sampah.

Saya pernah berjumpa pekerja sapu sampah yang menikmati gaji permulaan sebanyak SGD850 sebulan gaji tetap, masa bekerja adalah 8 jam sehari dan cuti pada hari sabtu dan ahad. Pada kebiasaannya mereka akan mendapat kerja lebih masa atau Overtime dan paling kurang gaji mereka adalah dalam lingkungan sgd1000 dollar ke atas.

Yang keduanya ialah transport. Tidak semua akan mendapat kelebihan ini. Hanya sesetengah syarikat sahaja yang menawarkan kelebihan seperti ini terutamanya kilang. Tetapi yang sebenarnya waktu perjalanan di dalam negara singapura tidaklah lama seperti di Malaysia. Ini kerana negara singapura bukanlah negara yang besar. Waktu yang diperlukan untuk sampai ke destinasi kerja adalah tidak lama, paling lama adalah dalam satu jam. Paling dekat pula adalah 5 ke 10 minit.

Kelebihan yang ketiga ialah anda boleh tinggal di Malaysia dan berulang alik ke Singapura. Untuk tinggal di Singapura memerlukan kos yang banyak kerana kos sara hidup di Singapura amatlah tinggi. Ada yang tinggal di Singapura kerana lebih selesa untuk ke tempat kerja. Tetapi kebanyakkannya semua akan pulang ke Johor Bahru kerana lebih sukakan kos sara hidup yang lebih rendah. Ramai juga rakyat Singapura yang tinggal di Johor Bahru kerana kos sara hidup yang rendah ini.

Kelebihan ke empat ialah work permit dibayar oleh majikan. Kebanyakan majikan diMalaysia tidak membayar work permit bagi pekerja asing yang bekerja dengan mereka. Tetapi keadaan sebaliknya di Singapura. Majikan akan mebayar semua work permit bagi pekerja asing yang bekerja dengan mereka iaitu sebanyak SGD150 sebulan.