Tips 1 - Passport
Anda hendaklah membuat passport sendiiri. Ini penting kerana untuk memasuki negara singapura anda perlu mempunyai passport yang sah dan tidak luput tarikh. Ia juga penting untuk membuat work permit. Untuk membuat passport anda perlulah pergi ke jabatan imigresen yang berdekatan. Kos untuk membuat passport tidak lah mahal. Cuma dalam RM300 sahaja dan bagi mereka yang ingin bekerja di Singapura anda hanya perlu membeli passport yang berharga RM100 sahaja. Bezanya antara passport berharga RM100 dan passport berharga RM300 ialah passport berharga RM100 mempunyai bilangan muka surat yang kurang daripada passport yang berharga RM300. Pastikan passport anda sentiasa ditangan anda dan jangan sesekali memberi majikan atau agen untuk simpanan mereka. Sekiranya passport anda hilang ketika berada di Singapura, anda tidak perlu risau kerana kerajaan kita mempunyai pegawai khas atau duta yang di tugaskan di Singapura yang boleh membantu anda untuk pulang ke Malaysia. Tetapi anda perlu tinggal di Singapura selama beberapa hari sebelum pegawai tersebut dapat benar-benar membawa anda pulang ke Malaysia. Oleh itu pastikan anda sentiasa mempunyai duit yang cukup semasa berada di Singapura. Wang yang perlu sentiasa anda ada di Singapura adalah sekurang-kurangnya SGD50 iaitu RM115. Ini adalah bagi memastikan anda sentiasa dapat pulang ke Malaysia sekiranya berlaku kecemasan.
Tips 2 – Duit Modal
Duit modal untuk memulakan kerja di Singapura amatlah penting kerana di Singapura mata wangnya lebih tinggi dari Ringgit Malaysia. Oleh itu anda memerlukan modal yang banyak baik dari segi pengangkutan, tempat tinggal dan makan dan minum. Sebaiknya anda mempunyai rakan yang ingin bersama kerja di Singapura.

Tips 3 – Tempat Tinggal
Saya cadangkan anda menyewa bilik di kawasan yang berdekatan dengan kastam Johor bahru sebagai permulaan anda disini. Ini adalah untuk memudahkan pergerakan anda ke Singapura dan anda tidak perlu mengambil masa yang lama untuk ke Singapura. Kawasan yang saya cadangkan ialah Larkin, Taman Sentosa dan Taman Pelangi. Kenapa sewa bilik dan tidak sewa rumah? Ini kerana kadar sewa bilik dan sewa rumah adalah lebih tinggi daripada mana-mana kawasan di Semenanjung Malaysia. Kadarnya adalah hampir sama dengan kadar sewa di Tengah Kuala Lumpur. Kadar sewa bilik rata2 adalah RM350. Kadar sewa rumah paling kurang adalah RM650 bagi Apartmen murah. Untuk permulaan kadar sewa adalah 2+1 atau 3+1 bergantung kepada tuan rumah. Tetapi bagi mereka yang tiada modal yang banyak boleh juga cuba berunding dengan tuan rumah. Ada juga tuan rumah yang memahami kesukaran anda yang ingin memulakan kerjaya di Singapura. Oleh itu pandai-pandailah anda berunding dengan tuan rumah dan jelaskan masalah anda dengan jujur. Setiap bilik atau rumah mempunyai kadar sewa yang berbeza mengikut kawasan dan jenis. Oleh itu anda perlu membuat senarai dan perbandingan tentang rumah mana yang hendak anda sewa. Bagi sesiapa yang ingin menyewa dan tinggal di Singapura pula saya cadangkan batalkan sahajalah niat anda itu. Ini kerana kadar sewa di Singapura adalah amat tinggi sekali. Kebanyak pendatang asing yang menyewa di singapura Cuma mampu menyewa sebuah katil dan bukan bilik. Kadar sewa katil yang paling murah di singapura adalah SGD180. Kadar sewa bilik yang paling murah pula adalah SGD550.
Cukup 3 tips ini untuk panduan anda mencari kerja atau bekerja di singapura.
Inginkan panduan yang lengkap kerja di singapura?
KLIK SINI
